1 active visitor
Login
   
    
 Remember me
Forgot password?


Since 21 / 01 / 2009
 
Halaman Utama

 
Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Terlebih dahulu saya ingin mengucap jutaan terima kasih kepada semua pengunjung portal. Bagi sesiapa yang pernah mengunjungi portal www.dzulhilmi.myportal.my anda tentu merasai perubahan dari semua sudut kan? Sebelum ini portal ini merupakan sebuah portal peribadi yang mana ia merupakan tempat dimana saya meluahkan espressi, berkongsi minat, dan juga projek-projek yang telah saya lakukan kepada pengunjung-pengunjung lain. Bagi pengunjung tetap portal peribadi saya sebelum ini, jangan risau. Anda masih boleh mengikuti perkembangan saya melaui blog yang akan saya cipta. Walaubagaimanapun ia bukanlah dalam tempoh terdekat ini. Alhamdulillah syukur kepada hadrat Illahi kerja semakin bagus, pendapatan bulanan juga boleh dikatakan mencukupi tapi itu bukan petanda bahawa kita boleh berpuas hati dengan apa yang ada sekarang. Saya sentiasa inginkan kemajuan dan dahagakan sesuatu yang baru. Saya cuba mencari pelbagai peluang untuk menambah pendapatan saya, dan berharap ianya akan berhasil melaui cara yang 'Halal' Insya-Allah. Dengan itu datang lah idea untuk melakukan perubahan pada portal ini. Perubahan kepada sesuatu yang lebih baik. Sayang memang sayang, tapi kadangkala kita perlu melakukan perubahan untuk maju. Jangan sesekali katakan 'TIDAK' sebelum uji kemampuan diri sendiri.  Mulai hari ini portal ini akan menjadi portal rasmi bagi kerja saya iaitu sebagai pereka website dan juga portal. Anda pernah dengar MYPORTAL? Myportal merupakan sebuah sistem DIY (Do it Yourself) yang pertama di Malaysia hasil kerja bumiputra. Sistem ini membolehkan anda sendiri mereka portal anda tanpa memerlukan kepakaran webmaster. Semudah mana? Jika anda mahir dengan penggunaan word processor maka anda boleh mereka sebuah portal anda dengan menggunakan sistem ini. Harganya juga sangat berpatutan iaitu cuma RM50 setahun. Bagi sesiapa yang pernah mendengar atau menggunakan sistem ini anda tentu tahu kelebihannya bukan? Ada juga yang menyatakan Myportal ini sesuai untuk kanak-kanak. Anda betul, inilah tujuan sebenarnya sistem ini dicipta. Ia bertujuan untuk memudahkan kita membina portal sendiri tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar. Ia juga mampu memberi pendapatan yang lumayan kepada anda dan mudah dipelajari oleh semua peringkat umur. Bagi sesiapa yang berminat anda boleh menghubungi kami melalui nombor dan alamat yang tertera pada portal ini ataupun anda juga boleh mengunjungi www.myportal.my untuk maklumat lebih lanjut. Terima kasih.

Dzul Hilmi bin Abd Ghani
23 June 2009




Direkacipta oleh Dzulhilmi bin Abd Ghani